Sabtu, 16 Oktober 2010

Harijadi Aizam

Harijadi Aizam



    Salam..... Mengambil gambar tanpa penggunaan flash memerlukan percahayaan yang cukup, oleh itu gambar yang di ambil dapat  menghasilkan satu imej yang terang dan jelas. Penggunaan lens f2.8 adalah penting bagi imej ini. Kena rajin untuk mempratikkan shutter supaya imej yang diambil terang dan jelas[sharp]. Sebelum ni saya malas untuk mencatatkan sebarang apa-apa yang berkaitan imej yang dipaparkan. tetapi kali ini kerana terasa minat untuk mencatakan sebagai analisa diri sendiri dan panduan di masa akan datang. juga sebagai perkongsian ilmu kepada semua. Saya ni kurang bercakap, mungkin dengan penulisan ini saya boleh berbicara dengan semua. Kepastian ramai... ingin melihat imej yang cantik dan menarik..inilah fokus utama seorang fotografer untuk membentuk dan mencantikkan imej tersebut.. 
     Penggunaan lens juga, penting untuk imej malam f 1.2,f 1.4, f1.8. Orang yang tidak berminat menggunakan flash seperti saya amat memerlukan lens nie. Ini pasti baru permulaan, setiap yang dipelajari pasti dapat menghasilkan imej yang lebih menarik lagi. kalau boleh  tidak perlu perubahan[edit] pada photoshop lagi. Cuma pasti bayang dan kecerahan, itu pun sedikitlah...
       Oklah ini penulisan awal bagi saya diblog ini..ini hanya tips awal saya..yang pasti diluar sana pasti ada profesional yang lebih memandang berat hal ini. Untuk berjaya kita kena berusaha dan berikhtiar. Dulu saya malu untuk shoot gambar..tapi dengan berkat kesabaran semua tu dapat diatasi...jumpa lagi..... wassalam.  

Tiada ulasan: